Tuesday, May 19, 2009

- USAH JADI GILA OLEH CINTA


Salam..heyya!!morning..;) pagi selasa yg sungguh ceria sekali!...alhamdulillah..mlm tadi sebelum syaa tidur..syaa sempat menghabiskan bacaan sebuah buku Membina Jiwa serasi dari Dr Tuah Iskandar..one of my favourite motivators..byk isi yg secara tak langsung telah memberi kesedaran,pengajaran dan pengetahuan yg berguna utk syaa juga...tak rugi memiliki buku tersebut tau..dlm byk2 bab,syaa suka nak share2 sesuatu kat dlm blog syaa ni..mengenai CINTA GILA..menurut Dr Tuah,kita "gila" sewaktu bercinta..pada syaa,penyataan tadi sungguh benar sekali..cinta adalah perasaan paling aneh dlm diri seseorang..ianya hadir tanpa kita minta..tanpa kita sedar..cinta juga dapat memberi inspirasi yg membara..cinta juga dpt menjadi pemusnah yg paling kejam dlm hidup kita.Syaa ingin petik kata2 dari Dr Tuah;"Bukan sedikit manusia di dunia ni gila oleh cinta.Sesungguhnya tatkala kita bercinta kita mmg sedang gila-kita berbuat sesuatu yg tak masuk akal.Kita sanggup menyerahkan maruah diri semata-mata kerana cinta.Kita tak nmpak betapa rugu dan tololnya menyerahkan diri utk habuan nafsu seseorang.Alangkah bodohnya kita pada masa itu.Sebab itu ramai setelah selesai baru menangis kesal.Tadi benar-benar tidak sedar.Tidakkah sebiji macam orang gila.Orang gila mmg tidak sedar apa yg di lakukannya.Maka itu,cinta mmg gila dan menggilakan.Awas jika anda sedang bercinta sekarang,sebab anda dalam salah satu arus-gila,gila-gila,memang gila.Jika anda sentiasa ingat bahawa cinta menyebabkan ramai org kandas dan lupa diri,ingat-ingatlah diri semoga anda selamat."Mmg benar petikan dr Dr Tuah tadi tu..sekarang ni bila syaa tgk kat dada-dada akhbar byk kes bunuh akibat cinta.Mcm semalam di Harian Metro..seorang gadis di tikam bertubi2 oleh teman lelakinya hanya kerana gadis tersebut menyatakan hasrat ingin berpisah kerana ingin bertunang dgn lelaki pilihannya.Huhh..sungguh kejam kan..dah sampai membunuh tu..mmg sah gila.Bila syaa baca buku Membina Jiwa Serasi itu..syaa byk mengiyakan kata2 Dr Tuah.."Mengapa tidak bina cinta yg semakin menjadikan diri anda cerdik?Bukankah cinta boleh menjadi pemacu pada kekuatan tubuh badan?Mengapa tidak gunakan ia utk kecemerlangan?Mengapa jadikan cinta laluan kehancuran?Pilihan sentiasa ada di tangan kita,samada kita hendak membina kejayaan hasil cinta ataupun kemusnahan dari cinta,kita sentiasa ada pilihan.Usah berkorban kerana cinta hingga anda sendiri yg terkorban sebab pengorbanan seperti itu hanya meninggalkan beban.Pilihlah cinta intelek yg membawa pada keterbilangan.Semakin bercinta semakin dewasa utk memacu kehidupan.Semakin bercinta semakin matang utk sedar hidup sgt menuntut perjuangan.Semakin bercinta semakin luar biasa bagus dan hebat sekali.Pilihlah cinta yg suci,tulus dan telus.Usah terperangkap dgn cinta yg samar,hitam lagi gelap.Cinta perlu putih,bersih dan jernih dari sebarang kemungkaran.Cinta tidak wajar kotor,calar balar dan keruh.Lalui cinta anda dgn bahagia utk ke titik penyudah-perkahwinan.Jika telah berkahwin menuju titik kebahagian dgn penyudah-kematian.Cinta perlu sentiasa mekar hingga penghujung usia.Cinta tidak harus diwarnai dgn warna yg salah sebab warna yg betul sentiasa ada utk kita memilih.Berkorban demi cinta adalah agung tetapi terkorban disebabkan cinta adalah tolol.Jadikan hidup penuh berkualiti dgn cinta yg juga berkualiti.Bina hidup utk senang dan bahagia di dlmnya,usah bina gunung cinta dgn air mata.Cinta mmg memualkan tetapi cinta juga manis utk ditelan.Cinta yg meloyakan itu tersedia utk org yg sanggup menelannya tetapi cinta yg enak itu ada utk mereka yg sudi menjamahnya.Yang manapun pilihan anda,ingat usah gila oleh cinta."Macamana?sungguh bermaknakan semua petikan kata Dr Tuah tadi..semua ada betulnya..syaa percaya satu je..kalau kita bercinta bagai nak rak pun..kalau takde jodoh,tak guna juga..kalau dah mmg jodoh kita,bercinta bagai tak rak pun..tetap jadi milik kita jua akhirnya..so kesimpulannya,seperti biasa..syaa selalu berpesan kat diri sendiri juga,bercintalah biasa2 je.. tapi kena bercinta betul2 bila dah kawin nanti..lagi best!...huhu..yg penting jgn lupa teruskan berdoa pada Tuhan minta dijodohkan dgn org yg kita nak..seperti mana yg di ketahui..dalam Al-Quran dah kata,orang yg baik akan dapat org yg baik juga dan orang jahat akan dapat org yg jahat juga..oklah sampai disini sajalah pot pet santai utk pagi ni..semoga kita semua di rahmati Allah sentiasa..amin..;)

No comments:

Post a Comment