Selepas Allah mencipta Jibrail dgn bentuk yg cantik,Allah mencipta baginya 200 sayap yg setiap satunya antara timur dan barat(ada pendapat menyatakan 124,000 sayap).Selepas Jibrail melihat dirinya sendiri lalu dia berkata"Wahai Tuhanku,adakah Engkau mencipta mahkluk yg lebih baik dariku?" Lalu Allah berfirman yg bermaksud "Tidak".Kemudian Jibrail berdiri dan solat 2 rakaat kerna syukur kepada Allah dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai bersolat,maka Allah berfirman yg bermaksud:"Wahai Jibrail,kamu menyembah Aku dgn ibadat yg bersungguh-sungguh dan tiada seorang pun yg menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu.Akan tetapi,di akhir zaman nanti akn dtg seorang Nabi yg mulia yg paling Aku cintai,namanya Muhammad dan dia mempunyai umat yg sentiasa berdosa.Jika mereka mengerjakan solat 2 rakaat yg hanya sebentar itu dan mereka dlm keadaan lupa serta serba kekurangan,fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar,maka Aku demi kemulian Ku dan ketinggian-Ku,sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.Kemudian Jibrail berkata:"Ya Tuhanku,apakah yg Engkau hadiahkan kpd mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yg bermaksud:"Ya Jibrail,akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal".
Sesungguhnya Allah telah menyembunyikan 6 perkara iaitu..;
- Allah menyembunyikan redha-Nya dlm taat.
- Allah menyembunyikan murka-Nya di dlm maksiat.
- Allah menyembunyikan nama-Nya yg Maha Agung di dlm Al-Quran.
- Allah menyembunyikan lailatulqadar di bulan Ramadhan.
- Allah menyembunyikan solat yg paling utama di dlm solat lima waktu.
- Allah menyembunyikan tarikh terjadinya kiamat di dlm semua hari.
No comments:
Post a Comment