
Salam..heyyaa...
Syaa ada nak kongsikan bersama2..petikan dr buku "Don't Be Sad" yg syaa baru baca pagi td..berkenaan Qada dan Qadar..sebenarnya terdapat banyak surah yg bercakap pasal Qada dan Qadar ni..seperti di bawah ni..;
~"Tidak ada sesuatu kesusahan(atau bencana) yg akan di timpakan di bumi,dan tidak juga yg menimpa diri kamu,melainkan telah sedia ada di dlm kitab(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya." (Surah Al- Hadid:22)
~"Katakanlah (wahai Muhammad);"Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yg telah di tetapkan Allah bagi kami." (Surah At-taubah:51)
~"Sesiapa yg di kehendaki oleh Allah menjadi baik maka ia akan di uji oleh-Nya" (Hadith Nabi)
~"Ia tidak boleh di tanya apa yg Ia lakukan,sedangkan merekalah yg akan di tanya nanti." (Surah Al-Anbiya':23)
~"Sekiranya aku melakukan seperi ini nescaya akan begini jadinya.""Tetapi katakanlah: "Allah telah menentukan sedemikian,dan apa yg Dia kehendaki akn terlaksana." (Hadith Nabi)
Justeru itu..marilah kita sama2 mengingatkan diri kita..syaa juga..bahawa jgn sesekali merasa susah hati dan bersedih di sebabkan sesuatu perkara buruk yg berlaku..Bagaimanapun sesungguhnya Yang Maha Mencipta sudah menentukan segala sesuatunya dan takdir adalah muktamad.Usaha dan ikhtiar boleh di lakukan sebanyak mana pun,tetapi hak utk menentukan tetap di tangan Allah secara mutlak.Kemudian hendaklah berbahagia org-org yg di timpa musibah atas kesabaran dan keredhaan mereka terhadap yg Maha Mengambil,Maha Memberi,Maha Mengekang lagi Maha Lapang.
Kita juga di gesa agar menyerahkan semua perkara kepada takdir supaya tidak di hancurkan oleh perasaan benci,penyesalan dan kebinasaan dan harus percaya dgn kebenaran Qadar agar jiwa kita akan tenang mengharungi hidup dgn segala daya dan cara yg sememangnya terpaksa di tempuhi.Ada satu petikan lg yg syaa rasa kita harus sematkan dlm kotak fikiran kita selamanya..iaitu..;
"Wahai manusia,ingatlah kamu bahawa selepas lapar ada kenyang,selepas haus ada kepuasan,selepas berjaga malam ada tidur lena dan selepas sakit ada kesembuhan.Tiap-tiap yg hilang pasti di temui dalam kesesatan akn dtg petunjuk,dalam kesusahan ada kemudahan dan selepas kegelapan akn muncul sinar terang.Tiap-tiap tangisan akn berkesudahan dgn senyuman,ketakutan akn berakhir dgn rasa aman,kegelisahan akn lenyap dgn hadirnya kedamaian."
Pengajaran yg dpt syaa simpulkan disini ialah..jgnlah kita sesekali merasa terhimpit sedikit pun sebab tiap2 keadaan pasti berubah.Dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu dgn sabar biarpun kita harus menunggu hari demi hari..bulan demi bulan..tahun demi tahun..dan jgn lupa sesungguhnya selepas kesusahan itu tetap akn muncul kesenangan..yg penting jgn lupa berdoa pada Allah tidak kira kita senang mahu pun susah..kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengkabulkan.Dia ada berfirman,ertinya:
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir:60)
Syaa juga nk sertakan beberapa amalan istimewa yg syaa juga amalkan sejak 3thn lbh yg lalu.. selain kita berdoa mcm tu saja kita bole berzikir sekali nama-nama Agung Allah setiap hari yg ada khasiat nya yg tersendiri..selamat beramal..;)
~AL-MUJIB(Yang Memperkenan Doa)(Hud:61):Apabila dibaca setelah selesai sembahyang subuh setiap hari sebanyak (55x),Insya-Allah semua hajatnya di kabulkan Allah SWT.
~AL- AZIZ(Yang Maha Perkasa)(Al-Hadid:1):Barangsiapa berzikir sebanyak (40x) tiap-tiap hari selama 40 hari dan lebih baik di baca setelah sembahyang subuh,Insya-Allah akn di kayakan dan di muliakan Allah SWT.
~AR-RAZZAQ( Maha Memberi Rezeki)(Adz-Dzariyat:58):Apabila berzikir (17x) setiap hari,Insya-Allah di tunaikan segala hajatnya.
~AS-SAMAD(Yang Bergantung Kepada-Nya Segala Sesuatu)(Al-Ikhlas:2):Untuk memohon apa saja yg di hajatkan,di baca sebanyak (313x) dlm masa 3 hari(di sertai puasa selama 3 hari)Insya-Allah akn di kabulkan segala macam hajatnya.
~AL-AWWALU(Yang Tiada Permulaan Bagi Ada Nya)(Al-Hadid:3):Utk mendatangkan hajat,di baca setiap hari sebanyak (37x),Insya-Allah akn di kabulkan hajatnya.
No comments:
Post a Comment