Friday, July 15, 2011

- JUMAAT DTG BALIK DGN KHASIATNYA TERSENDIRI..

Alhamdulillah...hujan turun pagi ni...patutla aku lps subuh sya tido balik!huhuh :P mcm malas gitu nk bangun lagi...heee.di hari jumaat yg berkah ni...marilah kita sama2 selawat ke ats Rasulullah kita..:) rindu pulak rasanya kat Rasulullah...:( di hari jumaat ni...sya nak mengambil kesempatan...menyebarkan ilmu yg sya baru sat td sya baca...sya share sama2 kat sini...mana tau..bole share kat anak2 u all..kwn2..lebih2 lagi utk diri sendiri..mcm sya ni :)
4 sebab kenapa Hari Jumaat amat penting sekali

Pertama: Kerana Hari Jumaat sebagai hari terbaik dan bersejarah
Dari Abi Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: Hari terbaik terbitnya matahari adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu pula dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu tersebut dia dikeluarkan dari syurga "(HR. Muslim)


Sebagai hari terbaik, maka layaklah kiranya kita menyambut dengan segenap kebaikan dalam semangat dan niat beribadah. Harus ada yang berbeza pada hari Jumaat, sebagaimana sejarah dan syariat kita telah mencontohkannya.


Kedua: Kerana inilah hari raya kita
Di antara keutamaan hari Jumaat adalah Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai hari raya pekanan bagi kaum muslimin. Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hari ini adalah hari raya, Allah menjadikannya istimewa bagi kaum muslimin, maka sesiapa yang akan mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi ". (Ibnu Majah)

Setiap hari raya memunculkan keceriaan dan kebahagiaan, maka mari jadikan hari Jumaat ini sebagai berkongsi kebahagiaan, baik kepada orang lain dan keluarga. Pastikan sedekah ditunaikan, dan pastikan menu hari penuh kenangan.


Ketiga: Kerana pada hari Jumaat doa kita lebih Mustajabah
Kita berbahagia kerana inilah hari terbuka peluang doa kita. Mari mengisinya dengan bermunajat kebaikan sambil melantunkan doa-doa penuh harapan, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab sebagaimana diisyaratkan Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab sahihnya dari Abi Hurairah radhhiyallahu a'nhu bahawa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu saat tidaklah seorang muslim mendapatkannya dan dia dalam keadaan berdiri solat dia meminta kepada Allah suatu kebaikan kecuali Allah memberikannya, dan dia menunjukkan dengan tangannya bahawa saat tersebut sangat sedikit. (HR. Muslim no: 852 dan Al-Bukhari no: 5294)


Keempat: Kerana dosa-dosa kecil kita diampuni pada hari Jumaat
Siapa yang tidak punya dosa dalam menjalani hari-harinya? Sungguh kita bukanlah malaikat yang bebas dari segala dosa. Setiap hari ada saja maksiat yang tanpa sengaja maupun sengaja kita jalani. Maka setiap Jumaat tiba, berharaplah ini menjadi momentum penggugur dosa.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: solat lima waktu, dari Jumaat ke Jumaat, dan Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa antara satu dan lain-lain selama dijauhi dosa-dosa besar. (HR Muslim dan lain-lain) 
(Sumber dari detikislam)

No comments:

Post a Comment