Saturday, July 30, 2011

- BILA BERPUASA PON SIHAT N KURUS...

Selamat pagi semua! :) ttibe sya semangat nk post entry baru tepat jam 6.29am ni haa..heeee.dh 30hb ni beb.. lagi 2hari jaaa nk puasa balik kan?seronok kan!? sya pasti ramai yg tercari2 tip di bulan puasa...yela..tip mcmana nk kurus cepat di bulan puasa ni org ingat dgn xmakan sahur ke...tip camne nk berjimat cermat..yela..bila ade bazaar ramadhan..comfirm nk beli punya la..jln dr awal gerai smpai wat tawaf balik sedar2 dh xcukup tgn nk bawak makanan yg di beli!muahahaha(aku le tu dulu :P)

Selalunya perempuan bila tiba bulan puasa mesti insaf sket nk kurus btl?yela nk balun makanan pon xbole..so alang2 diet la skali kan...nk cepat kurus jawapan termudah ialah JGN MAKAN NASI! 


so makan la yg light2..mcm bihun ke...wholemeal bread ke..ini pendapat syaa laa.kat sini sya masukkan tip berguna  yg bole kita manafaat kan bersama2...ayuh baca jom!




TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASA

1. Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:


• Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.


• Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.


• Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.


• Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.


• Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.




TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA


1. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.


• Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.


• Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.


• Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.


• Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.


 
TIPS MENYEDIAKAN HIDANGAN SIHAT UNTUK BERBUKA PUASA

• Rancanglah menu dengan mengambil kira 5 kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula.

• Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan makanan yang dijeruk atau diawet.

• Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik.

• Pelbagaikan kaedah masakan dengan cara memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung. 


TIPS MEMBELI MAKANAN DI BAZAR RAMADHAN

Memang tidak dinafikan, di bulan puasa pasar Ramadhan akan tumbuh bagai cendawan. Di sini anda boleh dapat pelbagai jenis makanan untuk juadah berbuka puasa. Bayangkan dalam keadaan yang lapar, pelbagai kuih-muih serta lauk-pauk yang enak dijual. Ini boleh menyebabkan anda rambang mata membuat pilihan. Sudah pastinya, segala prinsip atau amalan makan secara sihat senang saja diketepikan pada saat itu. Sebagai panduan, pastikan anda membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk di beli. Senarai makanan ini boleh mengelakkan kita daripada membeli makanan yang tidak diperlukan. Buatlah pilihan yang lebih sihat semasa membeli juadah berbuka puasa. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun menggunakan minyak secara minima. Kurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur. Jika boleh, elakkan membeli air minuman yang dijual dan sediakan sendiri air minuman di rumah. Ini membolehkan anda mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut


TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT DI BULAN PUASA

• Ketika berbuka puasa, makan 3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah tanpa gula, 1 mangkuk sup sayur campur serta 1 atau 2 keping roti tinggi serat.


• Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.


• Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam.


• Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.


• Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke dalam masakan.


(kredit to bahagian pemakanan,KMM) 

2 comments:

  1. Alhamdulillah terjumpe tips2 cmni tuk bulan pose nih. thanx ya! mohon izin nk share kt my blog bole?

    ReplyDelete