Salam...heyyyaa!!morning!;)syukur alhamdulillah..kerana Allah masih lagi memberi syaa peluang utk berada di atas dunia ni..pagi ni syaa breakfast sekeping roti dan segelas jus baru, syaa try tadi..huhu..mangga+tomato+epal merah+lemon...sedap jugak..sambil2 tu syaa baca sket buku Quranic Law of Attraction..dan syaa tertarik satu bab ni pasal DOA..lepas perut dah isi..baru best nak menaip kat sini..okaylah bercakap pasal doa ni..sebenarnya byk perkara yg bole bermain2 di fikiran kita seandainya kita tidak mahu mengakui kekuatan berdoa kpd-Nya yg mmg ada sebenarnya..sebagai manusia yg lemah dan sentiasa dihasut oleh syaitan dan iblis,kita manusia selalu mudah berputus asa utk meminta kpd yg Esa,bukan sekadar lupa ketika senang malah kadang2 bila susah pun kita serupa saja..dan ada juga keadaan di mana ketika susah saja kita akan menadah tangan berdoa pada tuhan dan masalah yg akn timbul bermula jika tuhan tak memakbulkan doa seperti yg kita harap2kan jadi, mulalah kita nak merungut..marah..menyesal..benci..Sebenarnya,selama kita rasa nk berputus asa dari berdoa itu lah sebenarnya kejayaan sipi-sipi nak menghampiri kita..tapi kita tak bersabar..tak kuat utk terus mengakui kehebatan berdoa.Sebenarnya Allah nak tgk sejauh mana kita bersungguh2 dlm berdoa,bukannya alar kadar saja.Nabi Muhammad pun pernah bersabda,"Doa adalah senjata orang islam,tiang penyokong agama,serta cahaya langit dan bumi."Jadinya kenapa kita masih lagi nak mempersoalkan Allah pasal berdoa?kita sendiri yg salah..tak mahu bersabar sikit.Syaa juga mengingatkan diri sendiri juga mengenai apa yg syaa tulis ni..kerana ianya secara tak langsung sebagai peringatan buat diri syaa yg juga tak lepas dari salah dan silap..namun syukur alhamdulillah kerana Allah masih lagi bagi kekuatan pada syaa utk terus berdoa pada-Nya mengenai apa yg syaa benar2 impikan dlm hidup ini..semoga Allah akan mengekalkan momentum syaa utk terus berdoa pada-Nya dan begitu juga kepada sesiapa saja yg masih lagi berdoa dgn penuh sabar sehingga ke saat ini.Mudah-mudahan Allah membalas setimpalnya ke ats orang-orang yg sabar..amin..Persoalannya di sini,"Kenapa Doa Saya Masih Tidak Dimakbulkan Lagi?Selepas membaca satu bab doa dr buku Quranic Law of Attraction dari Rusdin s .Rauf tadi,syaa juga mendapat kesedaran yg jelas bahawa selama ini perkara yg samar2 dlm fikiran syaa sudah terjawab oleh buku tadi.Sebab yg pertama doa kita tidak dimakbulkan Allah iaitu doa yg kita ucapkan tidak seiring dan seirama dgn isi hati kita!syaa bagi contoh kat sini ya..kita berdoa secara lisan mahukan kesenangan dan kekayaan dlm hidup tetapi suara hati kita sentiasa membisikkan yg kita tidak mampu menjadi seperti yg kita minta kerana kita cumalah orang suruhan bos di company tmpt kita kerja.Ingat lagi tak syaa pernah bercakap pasal Law of Attraction sebelum ni..ia ada kaitan jugak tau,sebab Law of Attraction ni bertindak balas menarik apa saja dlm hidup kita yg kita bg tumpuan..fokus..tenaga tak kira la ianya positif atau negatif.Jadinya di sini berbalik pada doa tadi,Allah akan bertindak balas dgn apa yg ada dlm fikiran dan perasaan kita kerana Allah itukan Maha Mendengar jadinya kita seharusnya perlu bijak mengatur fikiran dan perasaan kita supaya ianya sama..kenapa?apabila ianya sama,doa kita akan bertenaga!apabila bertenaga barulah doa yg kita pohon akan menarik kat diri kita..Lihat satu lagi petikan menurut Sa'id Al-Lahham dm bukunya,Fiqhud-du'a..Jika suara lidah bertepatan dgn suara hati,Tuhan mengabulkan apa saja yg kita ingini.Sebaliknya jika suara lidah bertentangan dgn suara hati,doa kita akan tertunda ataupun tidak di kabulkan.Allah pun ada berfirman,maksudnya"Dan sungguhnya,kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan oleh hatinya.." (Surah Qaf:6)
Sebab yg kedua mengapa doa kita tidak di makbulkan Allah ialah Allah lebih mengetahui mana yg terbaik utk diri kita.Besar kemungkinan doa kita tidak di makbulkan Tuhan kerana Tuhan menyayangi kita.Tuhan tidak mahu melihat kita dlm kesusahan jika doa itu dimakbulkanNya.Pendek kata,apa yg kita sangka baik,belum tentu baik utk kita.Sebaliknya apa yg kita benci mungkin menjadi perkara terbaik dlm hidup kita,kita haruslah ubah sudut pandangan kita dlm berfikir,Jadinya di sini..syaa berpesan pada diri sendiri jugak..kita kenalah berprasangka baik pada Allah..yakin lah bahawa Tuhan itu Maha Mengabulkan(Al-Mujib) Dia akan mengabulkan doa kita selagi kita yakin dan percaya kpd-Nya.Semakin tinggi tahap kepercayaan kita pada-Nya,semakin dekat diri kita dgn Tuhan dan semakin mudah keinginan kita akan di makbulkan..Insya-Allah..Sebab yg terakhir doa kita tidak dimakbulkan Tuhan ialah kita masih lagi melakukan dosa dan maksiat..ada satu kisah yg syaa nak tulis disini..ianya di ceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w,ada seorang hamba Allah tu..selalu menadah tangan berdoa pada Allah dgn khusyuk sgt tapi doa dia sikit pun tak dimakbulkan Allah..sebabnya mudah je,dia makan dari sumber yg haram!Kita kadang2 sedar atau tak sedar kesalahan yg kita lakukan,kalau kita sedar pun kita buat2 tak nak sedar..ada jugak yg macam tu. Jadinya marilah kita sama2 menyucikan diri terlebih dahulu dgn melakukan solat taubat sebelum kita menadah tangan meminta apa saja yg kita benar2 inginkan pada-Nya..bukannya lepas kita sedar telah melakukan dosa baru kita nak solat taubat.Syaa juga berpesan2 kat diri sendiri tentang tadi..selepas itu, barulah kita berdoa pada-Nya mudah-mudahan doa kita di makbulkan-Nya..insya-Allah..;)Dan Nabi Muhammad pun pernah bersabda,"Seseorang hamba akn selalu di kabulkan doanya oleh Tuhan selagi tidak berdoa dgn sesuatu yg berdosa,memutus silaturahim dan tergesa-gesa"(Tergesa-gesa bermaksud,orang yg mengatakan,"Saya berdoa kpd Tuhan,tetapi tidak dikabulkan,kemudian dia mengeluh dan terus berhenti berdoa.")Secara kesimpulannya di sini yg bole syaa bagi..kita seharusnya membuang atau delete habis faktor2 yg menghalang doa kita dari dimakbulkan-Nya..kita sendiri sedar akan faktor2nya..betul tak?kalau kita tak sedar pun kita minta la petunjuk dari Allah..teruskan berdoa dengan tabah dan sabar..kerana itu saja jalannya takde yg lain dah kalau kita nak Allah makbulkan doa kita..Allah berfirman bermaksud "Berdoalah kepada Aku,nescaya Aku perkenankan Doa permohonan kamu.".(Surah Al-Mukmin:60) Wallahualam..
No comments:
Post a Comment