
Salam..heyyaa..syukur alhamdulillah..dpt jugak syaa meluangkan masa utk update blog hari ni..terdetik di hati syaa utk menulis tentang perkara yg syaa nk tulis ni...bg syaa,dgn menulis tentang byk perkara yg ada dlm blog syaa ni secara tak langsung sebenarnya dapat memujuk hati syaa juga yg sememangnya tak lari dari perasaan sedih..seperti manusia yg ada di luar sana..kita bukan robot yg tak ada perasaan..adakalanya kita akan gembira..dan ada kalanya kita akan sedih..namun sebagai manusia yg juga dilahirkan sebagai seorang perempuan..seperti mana yg di ketahui jiwa seorang perempuan ni mudah tersentuh..mudah beremosi..mudah menunjukkan perasaanya apa lagi kalau bukan dgn air mata yg mengalir..jadinya syaa selalu memperbanyakkan pembacaan tentang bagaimana nk mengatasi masalah2 emosi yg biasa di hadapi oleh sesesorang wanita...antara salah satunya melalui buku "Be A Happiest Woman" yg baru syaa khatam sebentar tadi..tidak dapat di nafikan,kita sebagai manusia tidak dapat lari dari ujian dan dugaan dari tuhan yg sememangnya sudah tertulis di Luh Mahfuz..sebenarnya cara yg sebetulnya ialah hadapilah hidup ini dengan senyuman!dan sebenarnya jika kita tersenyum walaupun kita sedang bersedih dan berduka,sebenarnya kita sedang berusaha meringankan beban dan mencari pintu kebahagian yg kita cari selama ini..pengaruhnya sgt kuat utk membuat jiwa gembira dan hati bahagia apabila kita tertawa atau tersenyum!dan ianya merupakan kemuncak kegembiraan dan penghujung segala dukacita,dan Rasulullah s.a.w pun sendiri sekali sekala tertawa sehingga nampak gerahamnya.
Memang tak dapat dinafikan bercakap memang mudah kan..tetapi utk melakukannya?syaa tahu bukan mudah..tetapi itulah ubatnya..mcm syaa sendiri..di kala syaa sedih kerana terlalu rindu dan teringat org yg syaa sayang yg jauh di mata sekarang ni..syaa akan baca semula mesej2 yg pernah kami bualkan bersama..di saat itulah hati syaa akn ceria dan gembira semula sampai ketawa sendirian pun ada..tetapi utk mendapat lebih ketenangan lagi syaa akan mendirikan solat..Dlm buku itu menggesa kita haruslah tidak sesekali berfikir dua kali utk tersenyum,kerana dgn tersenyum bermakna kita sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yg ada dlm diri kita..jika kita tidak mampu tersenyum..kita mohonlah pertolongan dari Allah..kerana Dia lah terdapat segala penyelesaian.Bibir yg paling indah dan menarik apabila ia melontarkan senyuman yg paling manis..Ada ungkapan yg menyebut bahawa "Senyuman itu merupakan satu kemestian dlm pergaulan."Apabila kita senyum kpd org lain,bermakna kita sedang memberi kebahagian kepada org itu dimana senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai di hati org itu..dan syaa juga bersyukur kerana senyuman syaa memberi kebahagian kepada org yg syaa sayang ketika ini dan dia sukakanya..dia juga selalu minta syaa utk bersenyum..
Syaa ingin petik satu lagi,dalam buku Faidatul Khathir dari Ahmad Amin ada juga mnjelaskan pasal hadapi hidup dgn senyuman ni iaitu.."Orang yg murah senyuman dlm mengharungi hidup ini adalah org yg mampu membahagiakan diri sendiri,org yg paling sanggup memikul tanggungjawab,org yg paling tahan menghadapi kesusahan dan memecahkan masalah dan org yg paling bersungguh mengusahakan hal2 yg mendatangkan manafaat bg dirinya sendiri dan org lain."Macam dalam lagu Bayangan Gurauan dari kumpulan Mega juga ada menyelitkan betapa hebatnya senyuman lebih2 lagi dari org yg tersayang mampu mencuri hati sang pencinta..menyebabkan sang pencinta lebih bahagia dgn senyuman yg di berikan oleh sang kekasih hatinya dari memilih emas atau permata yg ada di dunia ini..fuhhh..pada syaa utk mulakan senyuman bg org yg tak biasa senyum..dia kena belajar..mcm hidup kita juga kerana hidup ini mcm sebuah seni bagaimana membuat sesuatu tau kalau kita betul2 perhatikan..dan setiap seni boleh di pelajari dan di tekuni..kalau kita susah sgt nk tahu kita ni btl2 senyum atau tidak kpd seseorang tu..kita cuba dulu senyum kat diri kita dlm cermin..kita nilai sendiri,ikhlas ke..kelat ke....kita juga boleh buat aktiviti2 yg dpt membuatkan kita tersenyum di kala kita kesedihan..kita sendiri tahu apa aktiviti yg seronok kalau di lakukan,betul tak..?
Pendek kata apa yg ingin syaa sampaikan di sini,jgn biarkan kesedihan melanda hati kita terlampau sgt..bersedih boleh tetapi jgn keterlaluan..bukan tak boleh menangis kalau kita sedih..kerana menangis juga merupakan salah satu terapi utk mengurangkan tekanan yg di hadapi..Menurut Abu Usman Al-Jabari,seorang pengamal Tasawuf mengatakan bahawa "Kesedihan itu apa pun bentuknya adalah satu keutamaan dan tambahan kebaikan bg org mukmin dgn syarat kesedihan itu bukan di sebabkan suatu kemaksiatan dan ianya bukan di wajibkan secara khusus tetapi di wajibkan sebagai alat mensucikan diri.."Jika dengan senyuman kita boleh mendapat kebahagian mengapa kita tidak melakukanya sekarang?.Tersenyumlah sekarang supaya kita menjadi org yg bahagia..Syaa juga sedang mengingatkan diri syaa sendiri juga tentang perkara2 yg syaa tulis tadi..syaa mohon pada Allah agar di berikan kekuatan dalaman utk menghadapi semuanya dgn senyuman!syaa percaya di setiap kesedihan yg kita hadapi sebenarnya akan tiba kegembiraan selepas itu..oleh itu..sama2lah kita kuatkan semangat utk menghadapi segala kemungkinan yg akan tiba..banyak2kan berdoa pada-Nya utk minta yg baik2 dan di jauhkan kesedihan dan kekecewaan dan minta memakbulkan segala impian kita..kerana Allah s.w.t berfirman..ertinya:
"Dan tuhan kamu berfirman:'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yg sombong yg tidak mahu menyembah-Ku akn masuk neraka jahanam dlm keadaan hina" (Surah Al-Mukmin:60)
No comments:
Post a Comment