
"Apabila salah seorang daripada kamu hendak meminang seorang wanita,kemudian kamu dapat melihat sebahagian apa yg kiranya dapat menarik utk kamu mengahwininya,maka kahwinilah dia."Syaa sempat membaca tentang cinta pandang pertama dlm buku Tip Menjadi Individu Menarik dari Dato'Dr.Mohd Fazilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar td..dan katanya, sains menemui bagaimana manusia jatuh cinta melalui pandangan mata.Di mana terdapat sekumpulan penyelidik mengumpulkan 164 pasangan yg mereka tidak kenal sebelum ni dan kajian tu pun sebenarnya sudah di terbitkan dlm The Journal Of Social And Personal Relationship.Penyelidik yg telah mengikuti perkembangan kesemua pasangan telah mendapati pertemuan pertama tidak kira lah melalui media apa saja..face to face ke..adalah satu faktor penting samada mereka akan jatuh cinta dan meneruskan perhubungan atau tidak dan rumusan yg mereka perolehi hanya 3 minit saja di perlukan oleh seseorang bagi membuat keputusan mengenai bakal pasangannya!wah!...dan bagi syaa ianya memang betul sebab syaa pun mengalaminya...huhu..;) Apabila kita melihat seseorang yg kita suka,otak kita memberitahu badan kita supaya menghantar isyarat badan yg dia sedang tertarik kpd wanita ataupun lelaki itu dan jika mereka merenung antara satu sama lain dlm beberapa saat ianya juga di panggil cinta pandang pertama. Tetapi adakah pandangan pertama benar-benar cinta ye?Apabila kita berkata"Saya suka sgt gadis yg manja dan comel","Saya suka sgt lelaki yg kelakar"sebenarnya kan imej tersebut yg menarik pada kita sudah tersimpan dlm fikiran kita semenjak kita lahir lagi..dan ianya sudah wujud di alam fantasi kita!ini menurut Profesor Anthony Walsh dari Boise University.
Seronok bila bercakap pasal cinta ni kan..tapi sebenarnya menurut buku yg syaa baca td..cinta yg berbalas adalah ubat yg paling mujarab ke atas seseorang anak muda dlm hidupnya sebab tula kalau kita perasan bila kita di lamun cinta kita akan rasa happy je kan..buat semua kerja jadi bersemangat je!cinta ni bole timbul dari pelbagai arah..pendek kata byk pintu-pintu dia dan apabila seseorang jatuh cinta dan memperoleh cinta,dia sebenarnya membuka cinta pada hati seorang yg lain melalui pintu yg tertentu.Pintu itu mungkin dari kecantikan wajah si dia ke..kelembutan pekerti si dia ke..kepetahan bercakap si dia ke..sense of humour yg ada pd si dia ke..dan sebagainya.Dan kita di gesa mencari pintu yg ada dan bertawakal pd-Nya.Nabi berkata"Sesungguhnya roh manusia itu seperti tentera yg terlatih."Bermaksud,sekiranya seorang tentera daripada division infrantry maka dia pasti akn masuk ke division infrantry juga dan ianya serupalah seperti roh manusia jugak,sekiranya seorang datang drpd bahagian tertentu,maka dia akn berjumpa dgn individu drpd bahagian itu juga.Ini bermakna pertemuan kita dtg drpd roh yg sama dan kita pasti serasi apabila kita bertemu dgn org yg sama rohnya dgn kita dan begitu juga sebaliknya!Ramai yg nk tahu bagaimana Chemistry seseorang berfungsi kan..okay kita tgk satu petikan ni,bagaimana kita nk tahu chemistry itu ada bila kita bertemu dgn seseorang."Saya bertemu ribuan gadis sepanjang hidup saya.Tetapi pelik apabila saya melihat atau bertemu dgnnya,tiba-tiba saja saya menjadi gemuruh,jantung saya kuat berdegup dan saya tergamam melihatnya.Saya sendiri tidak tahu apakah yg sedang terjadi pada diri saya." Ianya terjadi di sebabkan selepas daya penarik di tonjolkan maka pergerakkan hormon menjadi aktif di mana otak akn merembeskan hormon PEA,hormon lain yg penting seperti dopamine yg mnjadi motivator akan merembeskan perasaan tenang dan bahagia dan begitu juga fenomena biologi seperti tgn berpeluh,degup jantung yg laju adalah tanda kpd norepinephrine. Syaa percaya ramai di antara kita pernah mengalami situasi mcm tadikan....;)Tetapi persoalan yg selalu timbul pada wanita yg lain dan seperti syaa juga, cinta lelaki yg sebenar-benarnya bagaimana ye?Adakah lelaki merasakan emosi yg serupa dgn emosi yg di rasai oleh wanita apabila mereka bercinta?Baru syaa tahu yg lelaki jadi misteri kpd wanita di sebabkan lelaki tidak suka menerangkan secara terperinci bagaimana perasaan dan emosi mereka apabila mereka sedang mengalami rasa cinta.huhh...patutlah..dan menurut pakar psikologi pula,bg wanita cinta adalah sejenis emosi tetapi sebaliknya bg lelaki.Bg lelaki,cinta adalah satu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi dan setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung.Pada lelaki apabila dia sudah melafazkan komitment cintanya pada seorang wanita samada melalui ikatan janji,tali pertunangan dan pernikahan,maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu di sebut2 lagi.Tapikan bagi syaa,wanita sebenarnya lebih suka nak dgr ucapan cinta dari lelaki yg di cintainya meskipun dia tahu lelaki itu cintakannya.Bukanlah bermakna lelaki itu kena cakap"I love u"setiap saat atau jam tetapi sekali dlm sehari itu amat penting buat wanita sebenarnya.Kesimpulannya yg dpt syaa nyatakan di sini ialah.. sebenarnya sifat seseorang yg menarik(tetapi kalau kita tidak menarik kita boleh belajar bagaimana nk jadi menarik) akan menimbulkan pula perasaan cinta pd insan yg di lihat menarik juga pd kaca matanya.Atas dasar memenuhi fitrah manusia supaya mencintai dan dicintai,manusia haruslah berusaha menjadi menarik supaya keperluan itu dpt di penuhi dan kita sebagai makhluk tuhan harus mengakui jodoh adalah ketentuan tuhan dan tuhan jugaklah yg menggerakkan hati seseorang supaya jatuh cinta pada seseorang yg lain dan kita haruslah membuka pintu-pintu cinta yg ada agar kita akn memperolehinya suatu hari nanti..
No comments:
Post a Comment