Tuesday, April 28, 2009

- OH MAMAKU..


Mama...itu lah panggilan buat ibu yg syaa sayang sgt..yg penat melahirkan syaa dan adik beradik yg lain ke dunia ni..tadi mama memanggil syaa dgn nada yg perlahan n seolah2 sedang bersedih.."Angah...mama susah hati lah mlm ni.."mama ckp kat syaa,lalu syaa membalas, "Mama susah hati sebab apa mama?" namun mama diam seribu bahasa..namun jauh dlm di sudut hati syaa..syaa tahu apa yg membuat mama risau dan sedih..syaa sambung balik kerja di dapur sambil memikirkan apa yg harus syaa buat utk menenangkan gundah gulana mama td..Lalu syaa masuk ke bilik dan menyelak helaian demi helaian dlm buku "Don't Be Sad"..syaa terjumpa satu keratan yg mengatakan bahawa kita haruslah jgn bersedih dan berasa susah hati..kerana setiap kesedihan itula yg menebus dosa2 kita yg telah lalu..dan akhirnya Allah akan balas dgn kemudahan..syaa cuba bacakan kpd mama petikan demi petikan..mama tekun mendengarnya..pembacaan syaa terhenti apabila papa balik ke rumah tadi..syaa biarkan mama n papa...syaa masuk semula ke bilik...syaa rasa x sedap hati bila mama jadi mcm tu...tadi pun mama makan yg syaa masak penuh selera selepas balik dr gym..selalu mama x mcm tu.. "Ya Allah..semoga Kau berikan ketenangan buat mama ku..Kau berikan lah rasa damai dlm jiwanya dan izinkan lah mama tidur lena malam ini..jauhkanlah keresahan itu dari membelenggu diri mama..sesungguhnya Kau saja yg mampu ku harapkan kerana Kau Maha berkuasa di atas segalanya...amin ya rabal alamin.."


Syaa teringat satu lagu yg syaa pernah tujukan buat mama ketika syaa berumur 15thn..lagu itu menyingkap kembali betapa besarnya pengorbanan seorang ibu demi membesarkan anak2nya walaupun sesusah mana pun..

"Apakah sebenarnya..terbuku di kalbumu..apakah erti linang air mata di pipimu..
ucapkanlah padaku..tak bisa ku rungkainya..rahsia yg kau pendam itu...
aku hanya menduga...tidak mampu merasa..sebenar-benar perasaan mu..
pengorbanan yg kau lakukan...utk dewasakan ku..hanya bisa di tanggung hati ibu.."

......."Mama..angah sayang mama sgt.." terima kasih di atas segalanya mama..jasa mama terlalu besar pada angah..""Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang ibu yg penyayang..yg baik hati..yg cantik.. yang tabah selama ini..yg pandai segalanya..izinkan lah aku membalas jasanya,membahagiakan dan mengembirakan ibu ku sebaik yg mungkin sebelum nyawaku berpisah dari jasad ku..".......

No comments:

Post a Comment