Tuesday, April 28, 2009

- JADILAH SEORANG WANITA YG BERSINAR BAK BINTANG DI LANGIT


Salam..heyyyaaa malaysia!!pagi ni rasa indah dan tenang pulak jiwa ku ini..cewahhh.. sebenarnya hari yg plg indah bg syaa ialah hari ketika kita mampu menguasai dan mengawal dunia,bukan sebaliknya..dan hari yg indah adalah hari ketika kita sanggup mengawal nafsu dan selera kita..oh yaa sambung balik..huhu..bgn je dr tido kul 6.11am td..syaa terus senyum..then terus siap2 nk sembahyang subuh...hari ni ialah hari pertama syaa buat puasa hajat dgn zikir As-Samad(kene buat 3 hari berturut2) yg ntah kali keberapa ya syaa x bape ingat mybe yg ni masuk kali ke 3 atau 4 syaa buat puasa hajat ni..sebenarnya kalau bole kita buat la byk kali supaya Allah tahu bahawa kita bersungguh-sungguh nk minta sesuatu dari-Nya..lps dah mintak tu..kita bertawakal je pada-Nya..harap sumenya berjalan lancar..amin..pagi ni pasal xley breakfast.. syaa baca la sikit buku pasal "Be A Happiest Woman "tau..ada satu bab tu menyeru kita menjadi wanita yg bersinar bak bintang di langit..fuhh..macamna nak buat tu..?syaa juga nak jadikan ianya sebagai pedoman bila syaa akn bergelar isteri kelak..sebenarnya caranya mudah je..ini cerita bg wanita yg ingin berkahwin dan sudah berkahwin juga..okla..caranya kita jadilah isteri solehah..iaitu isteri yg mulia akhlaknya kepada suami..barulah kita dapat di nobatkan sebagai wanita yg bersinar bak bintang di langit..Rasulullah s.a.w pun telah memberi pujian yg tinggi kpd wanita yg solehah.Nak di jadikan satu cerita...
Pada suatu hari...Rasulullah s.a.w di kemukakan soalan oleh sahabatnya."Siapakah isteri yg paling baik ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab:"Isteri yg suaminya gembira ketika memandangnya,yg patuh jika di suruh,tidak membelanjakan harta suaminya kpd perkara2 yg tidak di sukainya dan menjaga dirinya ketika suami tiada di rumah."
Ada satu riwayat dari Ummi Salamah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Seorang isteri yg meninggal dunia dan suaminya redha kpdanya,maka ia akn masuk syurga."
Oleh itu apa yg syaa dapat jadikan pengajaran di sini..untuk menjadi wanita yg paling bahagia di dunia kita haruslah menjadi wanita yg solehah lbh2 lagi bila dah kahwin..sebelum kahwin pun kita bole semai perlahan-lahan dgn menjadi ank yg solehah kpd ibu bapa kita dulu..x rugi jika kita berbakti pada org tua kita walau sedikit pun..ada sesetengah org kata cakap mmglah mudah..tetapi tak kan kita masih lagi nak kekal kan diri kita berada di takuk lama?kita nk berasa bahagia tetapi kita masih lagi memilih utk tidak bahagia dgn menjadi diri kita yg lama.Syaa mengingatkan diri syaa sendiri juga..sebagai manusia yg lemah..kita mmg x lari dari melakukan kesilapan dan kadang kala terlanjur kata dan perbuatan..tp kita haruslah berusaha mengubah diri kita sebelum terlambat dari menyesal x sudah2..dan byk2 kanla berdoa pada Allah agar Dia sentiasa membimbing kita di jalan yg lurus..la hawla wa la quwwata billahi ..

No comments:

Post a Comment