Tuesday, April 21, 2009

- BILA JATUH CINTA......

Salam..kita bertemu kembali...sebenarnya td syaa keluar gi beli breakfast...xlapar pun..masa kat kedai makan td..pk lama gak nak beli ke xnak..huhu..skali dah kene ceramah ngn nadia(cousin) syaa pun beli..beli nasi lemak..aduhhh..dah la makanan yg paling pantang untuk di makan..sekali xnak melengah kan masa syaa pun beli jek..huhu..okla berbalik pada cite asal..syaa ade lagi nk kongsi bersama..kisah pelik tapi benar..huhu..di ketika ni..syaa tengah mendengar lagu favourite.."where u are" nyanyian Jessica ngn exhubby dia..mendayu2 lagu ni..huk..huk..huk..syaa nk kongsikan bersama terdapat 30 sikap aneh perempuan bila jatuh cinta..yg syaa petik dr buku segalanya tentang cinta...kita masing2 bole analisanya sendiri..jom!

1. Apabila seseorang gadis mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis di dlm hatinya.


2.Apabila gadis yg kamu cintai tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakitinya hatinya,lebih baik kamu beri dia masa utk menenangkan hatinya sebelum kamu
menegur dgn ucapan maaf.


3.Seorang gadis sukar utk mencari perkara-perkara yg tidak di sukainya pada org yg paling di sayanginya.Oleh kerana itulah perempuan lebih mudah patah hati bila hubungan cintanya terputus di tengah jalan berbanding lelaki.


4. Sekiranya seorang gadis jatuh cinta dengan seorang lelaki,percayalah hanya lelaki itu sahaja yg sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dgn lelaki lain.

5. Hati seorang gadis akan mudah cair seperti coklat andai lelaki yg di sukai dan di cintainya merenung tajam ke dlm matanya!


6. Setiap gadis memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana utk menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dgn lembut,jgn berkasar sebab ada satu semangat dlm diri gadis yg kamu tak akn tahu bila dia dah buat keputusan,dia akn lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia utk seketika.Kemudian, sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai kawan,cubalah tegur dia pelahan-lahan.

9. Si gadis suka meluahkan isi hati mereka.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu perempuan yg mereka ini langsung tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood gadis tersebut.

12. Bila pertama kali lelaki yg di cintainya dlm diam memberikan respons positif misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah -olah tidak berminat tetapi sebaik sahaja gagang di letakkna dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit semua kawan2nya akn tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang perempuan,jadi jgn senyum sembarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang perempuan,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika gadis memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.Tetapi jika dlm masa yg sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu utk memikatnya.

16. Jangan sesekali mengagak apa yg di rasakannya.Tanya dia sendiri!

17. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku x jumpa lelaki ini lebih awal.

18. Sekiranya kamu masih tercari-cari cara yg paling romantik utk memikat hati seornag gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku2 cinta.

19. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yg di cari oleh wanita ialah siapa yg berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

20. Bekas teman lelaki akn sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yg di cintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

21. Satu ucapan Hi sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

22. Teman baiknya saja yg tahu apa yg sedang dia rasa dan lalui.

23. Perempuan paling benci lelaki yg berbaik- baik dgn mereka semata-mata berniat utk tackle kawan mereka yg paling cantik.

24. Seorang gadis menganggap cinta bermaksud kesetiaan,ambil berat,jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi.

25. Semua gadis mahukan seorang lelaki yg cintakan mereka sepenuh hati.

26. Senjata seorang gadis ialah air mata!

27. Setiap gadis pasti suka dan gembira jika sesekali orang yang di sayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya di cintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu2 terhadapmu.

28. Seorang gadis akan mudah jatuh hati pada lelaki yg ambil berat tentang mereka dan baiknya terhadapnya.Jadi, pada lelaki kalau nk memikat pandai- pandailah.

29. Sebenarnya mudah mengambil hati seorang gadis kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan di cintai dan di sayangi sepenuh jiwa.

30. Perempuan setinggi manapun egonya atau setinggi manapun dia berada namun dia tetap akn tewas dgn cinta seorang lelaki.

Hurmm..mcm tu rupenya bila perempuan jatuh cinta..huhu..sedikit sebanyak mmg ada kena dgn syaa..kekeke..;) bercinta mmg bahagiakan..bila saat nya bahagia..tetapi bila saat nya duka..aduhhh kak..seksa tau!hanya Allah yg tahu..syaa selalu berdoa supaya cinta yg syaa alami ketika ini..adalah yg terakhir..cukupla..hati yg syaa dah simpan sekarang ni akn syaa jaga elok2...sayang sgt nak bg org lain tolong ye!rindu pulak kat D.H..semoga dia sentiasa selamat walau di mana saja dia berada pada ketika ini...amin..

No comments:

Post a Comment